Langkau ke kandungan utama

3 Tips Memilih Makanan dengan Bajet Rendah

Satu kajian menunjukkan bahawa kos makanan kita semakin meningkat. Lebih memeranjatkan lagi apabila dikaji, makanan berkalori rendah seperti buah-buahan dan sayur sayuran semakin MAHAL! Ia memberi petanda kini untuk makan makanan sihat adalah satu CABARAN.

DAN... makanan yang kaya dengan bijirin halus, gula dan lemak tidak pula meningkat secara mendadak. Secara tidak langsung, inilah antara punca mengapa kebanyakkan dari kita sendiri mengambil terlalu banyak kalori dari makanan yang bergula dan berlemak.

Hasilnya , kita akan mengalami berat badan yang berlebihan. Lebih menyedihkan apabila sampai tahap OBESITI.

Di bawah, Bee senaraikan 3 Tips Memilih Makanan dengan Bajet Rendah

1. PILIH BARANGAN 'DOUBLE DUTY' ATAU MEMPUNYAI DUA FUNGSI

Contoh paling senang adalah pisang yang mana ianya kaya dengan serat dan juga mengandungi kalium. Begitu juga dengan kekacang. Selain terdiri daripada pelbagai jenis, ia juga merupakan sumber serat dan protien yang murah. Bagi menguruskan badan, kita perlu bijak memilih!!

2. MAKAN BUAH-BUAHAN YANG TIDAK BERMUSIM

Kita masih mempunyai pilihan untuk mengambil buah-buahan yang boleh didapati sepanjang tahun seperti pisang, betik, jambu batu, nanas dan juga tembikai. Selain kaya dengan nutrisi dan membolehkan kita memenuhi keperluan yang diperlukan tubuh, ia juga murah dan mudah didapati di kebanyakkan gerai dan kedai

3. PELBAGAIKAN MAKANAN

Seimbangkan di antara mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh dan pastikan paras kalori yang kita ambil adalah rendah. Nak tahu bagaimana kira kalori? Jom tengok dalam Mudahnya Kira Kalori

Senangkan?







Jangan lupa daftar untuk projek S.E.K.S.I dibawah #coachBee ye!

http://projekseksi.blogspot.my/p/coach-bee.html


*****



CoachBee
017.37.40.100
Cantik itu indah, Cantik itu Amanah

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk. 
 Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon? 
 Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan. 
 Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA. 
 Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Pen

5 Jenis makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi.

Assalamualaikum, Berapakah umur anda?? Jika umur anda 24 tahun...... anda bernasib baik.... Jika umur anda 25 tahun.... dah kene jaga-jagaaaa..... Kenapa saya kata begitu??  Sebab.... anda mungkin akan nampak tua dari usia anda.. Tahukah anda penghasilan kolagen mula berkurangan seawal umur 25 tahun?? Haaa.. dah mula takot kan.. lagi-lagi yang belum kawin tu.. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan kolagen untuk menjaga kestabilan dan keanjalan otot, kulit, tendon, ligamen dan tulang rawan. Terdapat banyak makanan yang dapat membantu anda dalam mengembalikan dan menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan dapat dihasilkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein, Vitamin C dan Vitamin K. Berikut adalah 5 contoh makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi. 1- PRODUK SUSU Untuk meningkatkan produksi kolagen dalam badan, produk susu yang kaya dengan protein bermanfaat

Mandi Pagi Lebih Cepat Kurus?

Apa Bestnya Mandi Pagi? Kalau sebelum ni kami share tidur pon boleh kurus sekarang mandi pulak. Korang tau tak mandi awal pagi ( jam 4-6 pagi ) dengan air sejuk dapat menyingkirkan kolestrol jahat dalam badan. Memang menggigil la mandi tanpa air panas tapi terasa sungguh SEGAR Mandi bermula dari kaki dahulu ikut sunnah Nabi. Mandi awal pagi juga dapat melancarkan peredaran darah dan sangat membantu untuk menaikkan seri wajah tau Kena sangat la konsep #projekseksi kami SLIM & ELEGANT! Berpagi-pagian jugak salah satu sunnah nabi Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح' "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan." Tambahan Lagi