Bermulanya Projek Seksi
Pada asalnya projek ini hanyalah Projek inisiatif dari Yani sendiri untuk membantu Suami (DK) tersayang untuk menurunkan berat badan. Tujuannya bukan hendak dia kurus tapi untuk mengelakkan penyakit apabila gemok nanti. Apabila gemok banyak sangat penyakit yang MUDAH menyerang, antaranya Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung dan pelbagai lagi yang boleh dikaitkan. Sebut je mesti,
Ohh, sebab Gemuk ler tu..
Kan?
Kaedah #1: Supplement
Yani pada mulanya Beginner untuk Supplement Kurus ni. Yani cuma tahu fungsi setiap supplement Shaklee yang Yani bekalkan untuk DK dan jadual pemakanan.
Selepas 3 Bulan DK gunakan Supplement Kurus sahaja masih tiada perubahan yang berlaku. Makin naik badan ada la. Yani mula buntu memandangkan kepakaran Yani hanyalah berkaitan Penyusuan. Maklum lah ibu menyusu mudah je kurus hanya melalui penyusuan.
Bulan Kesedaran: Disember 2014.
Pada bulan kelahiran DK yang ke-30 tiba-tiba didatangkan kesedaran pada DK untuk ambil langkah yang lebih KUAT untuk menjayakan Impian Yani supaya dia Turunkan Berat Badan. Macam biasa bila dah berkahwin langsung tak pernah ambil berat badan dan ukur ketinggian. Maka bila kesedaran pada diri mula muncul semuanya menjadi mudah untuk Yani bila DK dengan sendirinya Set Target dan Usahakan sendiri untuk kurus melalui bantuan Supplement yang Yani dah syorkan pada awalnya dulu.
Perlu Mentor: Untuk Lebih Disiplin & Berjaya!
Mentor pilihan DK adalah Coach Taro! Rakan DK sendiri ketika di Universiti bergiat aktif di dalam sukan Ragbi dan telah membuka Gym di Denai Alam, Selangor yang bernama Fit67. Dipendekkan cerita DK mendapatkan Coaching secara Online bersama Coach Taro dengan sedikit bayaran untuk sesi coaching selama 2 bulan. Bayaran itu penting bagi memastikan kita lebih menghargai dan berdisiplin.
Kenapa Coach Taro?
Katanya DK ianya berkaitan dengan TRUST. Maklum lah dah kawan lama so kepercayaan lebih mudah diberi berbanding Coach yang berdekatan Kuala Terengganu. Selepas itu barulah pengalaman dan sebagainya diambil kira. Sedikit perkonsian mengenai Biografi Coach Taro dari DK:
Weight Loss Specialist CertifieddariFit Innovation MalaysiaPengalaman:Karier Fitness sejak Tahun 2013 dengan menekankan pemakanan sihat dan latihan kecergasan untuk Weightloss. Memulakan pusat kecergasan dan rehab sendiri dengan nama Fit67 Gym, Fitness & Rehab.Kepakaran:Weightloss, Fitness Training, Sports Injury Rehab & Body Toning.
Alhamdulillah, Menjadi Hanya 2 Minggu!
Selepas mencuba tunjuk ajar dari Coach Taro dan bantuan dari Supplement yang Yani syorkan memang MUDAH sebenarnya nak KURUS atau TURUN BERAT BADAN. Kisah Kejayaan DK ada kongsikan di Hilang 4 Kilo dalam Masa 4 Minggu untuk bacaan seterusnya.
Mula Bantu Yang Lain
Selepas kejayaan DK menurunkan berat badan, Yani cuba belajar sedikit demi sedikit bagi mendapatkan Kaedah MUDAH KURUS melalui pengalam DK dan ilmu nutrisi untuk dikembangkan lagi bagi membantu lebih ramai lagi mereka yang nak KURUS.
Dari hanya 5 orang Peserta kepada 100!
Alhamdulillah dengan KONSEP MUDAH Yani dapat maka bermula lah penyebaran ilmu ini untuk membantu lebih ramai lagi rakan-rakan untuk mendapatkan Berat Badan Idaman. Dan pelbagai Testimoni Kejayaan yang diterima hanya dalam masa 2 minggu Sahaja. Boleh baca selanjutnya Testimoni Kejayaan di Testimoni Berjaya Kurus.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Konsepnya Mudah!
Hanya perlu Makan mengikut kalori yang telah diberikan dan makanlah apa sekali pon "tanpa rasa bersalah" selepas mahir dengan kiraan kalori. Senaman pula buatlah senaman apa yang korang suka asalkan bersenam dan Yani turut beri beberapa konsep senaman mudah untuk memudahkan dan lebih membantu.
Bantuan Supplement!
Tidak
Wajib! Jika anda ambil makanan harian TEPAT macam piramid makanan tu.
Supplement bukan setakat membantu tapi MEMUDAHKAN lagi proses kurus
untuk Kesan yang LEBIH PANTAS & SIHAT.
Mulanya Hanya Perkongsian Tips
Pada mulanya Yani hanya berkongsi mengenai Tips Kurus melalui Page 1001 Tips Kurus Tanpa Berlapar dan seterusnya beralih kepada nama Jom Turun Berat Badan. Banyak Tips dan nilaian kalori makanan Yani kongsikan bagi memudahkan merancang pemakanan Harian.
Tapi...
Berdasarkan perkongsian Yani dan peserta dari program sesebelum ini, kebanyakannya ialah Ibu yang masih menyusu badan dan ingin mendapatkan semula tubuh badan langsing dan bergetah di mata Suami. Maka Yani mengambil keputusan untuk mengabungkan ilmu penyusuan dan kurus bersama bagi memudahkan lagi membantu ibu-ibu menyusu diluar sana kembali SEKSI di mata Suami.
Ulasan
Catat Ulasan