Langkau ke kandungan utama

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum


Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk.

Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon?

Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan.



Bagaimana caranya?

MUDAH SAHAJA.

Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Penting mengetahui jumlah kalori yang diperlukan kerana sangat membantu tubuh badan berfungsi dengan baik.


Apakah itu kalori?


Kalori adalah satu unit tenaga atau unit measurement untuk tubuh badan kita. Nak senang faham, setiap makanan yang kita makan akan masuk dalam badan kita dalam bentuk kalori.

Kalori pula akan digunakan oleh badan untuk ditukarkan kepada tenaga.


Bagaimana cara untuk mengira kalori?


Dalam zaman yang moden ni ada banyak cara nak kira kalori. Tapi base on pengalaman mummy sendiri, menggunakan apps "MyFitnessPal" adalah sangat mudah!






Bagaimana cara nak guna apps MyFitnessPal?


Mummy akan share step by step caranya.







#1: Selepas anda download Apps ini, SignUp nama anda.



#2: Nyatakan apa yang anda ingin capai dngan apps ini.




#3: Jika anda ingin kurangkan berat badan, nyatakan berapa KG anda ingin turun.



#4: Nyatakan cara lifestyle anda,

sekiranya anda seorang yang aktif bersukan atau pon tidak.








#5: Nyatakan jantina, tarikh lahir, tinggi dan berat anda.


#6: Nyatakan apa yang ingin anda capai setiap minggu.







 

#7: Isikan profile anda.







Selepas sume details sudah diisi, anda akan dapat jumlah kalori pemakanan anda setiap hari.

Apps ini adalah seperti diari pemakanan anda setiap hari. Apa yang anda makan, dan apa yang anda minum perlu diisikan dalam apps ini supaya anda mudah untuk "keep track" jumlah kalori setiap makanan anda.



Next!

Cara untuk mengisi "diari makanan" 




Klik pada waktu makan anda, dan search menu yang anda sedang makan.



Sebagai contoh, anda sedang makan nasi lemak, search saja nasi lemak.




Pilih menu nasi lemak yang bersesuaian.


Dan semua kadungan dalam nasi lemak akan terpapar, kat sini dah boleh nampak berapa jumlah kalori nasi lemak yang kita sedang makan. Kemudian klik simbol "TICK" diatas sebelah kanan.

 
Maka selesai sesi makan untuk breakfast. 


Di screen ini juga anda boleh nampak berapa lagi balance kalori yang anda boleh makan untuk sepanjang hari. Pastikan jumlah kalori yang anda makan tidak melebihi had yang ditetapkan,
.

!!! PERINGATAN !!!

Jika ada minum air bergula, contohnya teh ais, milo ais atau lain-lain, pastikan ianya juga dicatit dalam diari kerana air yang bergula mengandungi kalori yang tinggi.


Untuk beberapa hari yang pertama, anda mungkin bakal tersasar dari kuota kalori anda... tapi tak mengapa.. anggap saja ia waktu penyesuaian mengenal apa makanan yang sesuai untuk anda merasa kenyang lebih lama.





Ini contoh pemakanan yang tersasar dari kuota. 
Balance kalori anda akan bertanda merah


Ini contoh pemakanan yang masih mengikot kuota.
Balance kalori anda akan berwarna hijau


***

TIPS MUMMY

***

 Ambil masa untuk mengenal badan anda dan kenal jenis makanan yang bagaimana untuk anda rasa kenyang lebih lama.






Apa yang menarik juga tentang apps ini ialah anda boleh juga scan barcode makanan anda.



Scan saja barcode anda pada apps ni dan akan terpapar sume details dan kalori makanan anda.. 
BEST KAN?

Akhir skali....
bila dah selesai catit diari anda untuk 
breakfast, lunch dan dinner... 

jangan lupa tekan COMPLETE pada bawah screen.

Apa yang menariknya ia akan keluar screen begini.




NAMPAK TAK?
Apps ni bagi kita motivation lagi untuk kurus! Dia dah boleh jangka dalam masa 5 minggu lagi berapa berat yang akan kita capai.

BEST KE BEST?


Kalau orang tak nak bagi motivation untuk kita,
 Tak pe...
 Apps ni TEMAN SETIA anda.. 
hahhaa..


Ok setakat ini saja entry mummy untuk hari ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat cara untuk kurus, boleh terus Whatsapp mummy di 019-235 8846.

Jangan lupa daftar untuk Projek SEKSI under Coach Mummy Mars yer.



*****

DAFTAR DISINI

*****


Mummy Mars

019.235.8846

Enhancing Love through Health Care.

Ulasan

  1. Cun! Apss yg memang banyak berjasa...

    BalasPadam
  2. fave apps...tak lengkap hidup tanpa MyFitnessPal

    BalasPadam
  3. Nak kira ni mudah sangat tinggal lagi nak usaha ikut je disiplin ke tak.

    Kalau tak ikut jangan nanges la jarum penimbang makin naik

    BalasPadam
  4. woah..mcm best je apps ni..sblm ni ada download apps apa ntah utk kira kalori..tp xpndai sgt guna..hehe boleh la sy try download app ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah tau step macam mana nak guna apps ni kan... dah senang dah nak kira kalori dan kurus cepat.. selamat mencuba

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Jenis makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi.

Assalamualaikum, Berapakah umur anda?? Jika umur anda 24 tahun...... anda bernasib baik.... Jika umur anda 25 tahun.... dah kene jaga-jagaaaa..... Kenapa saya kata begitu??  Sebab.... anda mungkin akan nampak tua dari usia anda.. Tahukah anda penghasilan kolagen mula berkurangan seawal umur 25 tahun?? Haaa.. dah mula takot kan.. lagi-lagi yang belum kawin tu.. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan kolagen untuk menjaga kestabilan dan keanjalan otot, kulit, tendon, ligamen dan tulang rawan. Terdapat banyak makanan yang dapat membantu anda dalam mengembalikan dan menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan dapat dihasilkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein, Vitamin C dan Vitamin K. Berikut adalah 5 contoh makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi. 1- PRODUK SUSU Untuk meningkatkan produksi kolagen dalam badan, produk susu yang kaya dengan protein bermanfaat

Mandi Pagi Lebih Cepat Kurus?

Apa Bestnya Mandi Pagi? Kalau sebelum ni kami share tidur pon boleh kurus sekarang mandi pulak. Korang tau tak mandi awal pagi ( jam 4-6 pagi ) dengan air sejuk dapat menyingkirkan kolestrol jahat dalam badan. Memang menggigil la mandi tanpa air panas tapi terasa sungguh SEGAR Mandi bermula dari kaki dahulu ikut sunnah Nabi. Mandi awal pagi juga dapat melancarkan peredaran darah dan sangat membantu untuk menaikkan seri wajah tau Kena sangat la konsep #projekseksi kami SLIM & ELEGANT! Berpagi-pagian jugak salah satu sunnah nabi Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح' "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan." Tambahan Lagi