Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Menyusu Tiga Putera Kesayangan Saya


Benarlah kata-kata orang berpengalaman, menyusukan sendiri anak adalah paling nikmat dan bermakna untuk setiap diri yang bergelar ibu. Hati ibu mana yang tak tersentuh bila dapat memberi minum susu daripada badannya sendiri sejurus selepas melahirkan. Teorinya, susu ibu pada awal selepas melahirkan penuh dengan kolustrum yang kaya dengan antibodi yang baik untuk bayi. Praktikalnya memang ya. Payah untuk badan si bayi diserang penyakit pada awal usia sebulan mahupun sehingga hampir dua tahun penyusuan tersebut.


Kisah saya mengenai penyusuan memang berkait rapat dengan teori dan praktikalnya. Putera sulung yang memang saya nanti-nantikan selepas hampir tiga tahun berkahwin memang dinekad untuk disusui dengan susu ibu ini. Walaupun berkahwin pada usia yang agak muda 23 tahun ketika itu masih sebagai pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) selepas UKM, namun diberi rezeki anak pada usia 26 tahun. Namun dalam tempoh itu, banyak teori yang saya gali dan baca. Teori penyusuan adalah berkait rapat dengan konsep ‘Supply and Demand’. Ya, ianya adalah bertitik noktah dengan konsep itu. Walaupun pada dasarnya tidak langsung saya tahu akan konsep itu melainkan pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan 2 mungkin taksalah saya, ada sedikit bab perniagaan mengenai konsep ini. Di mana dan selagi adanya permintaan, selagi itulah ‘produk’ akan dihasilkan!


Hemm.. teori hanya teori yang hanya dapat difahami di benak fikiran sehinggalah saya terjun sendiri dalam dunia keibuan. Saat pertama melahirkan Putera pertama Aryan Mahdi, memang mengujakan untuk memberi minum susu badan sendiri. Di kala itu, memang suami, ibubapa bahkan nenek memberi sokongan untuk beri minum susu ibu. Di ajar cara-cara posisi menyusukan bayi dengan betul. Teknik memegang bayi ketika menyusu dan sebagainya. Menjadikan saya sangat terharu untuk meneruskan menyusuan walaupun pada hakikatnya pertama kalinya agak sukar dan ‘lenguh tangan’ memangku bayi untuk disusui lama. Namun atas paksi alah bias tegal biasa dan atas nikmat tumpahnya susu ke mulut bayi dan pabila bunyi ‘burpp’ keluar dari mulut si comel, amatlah tak terhingga ungkapan syukur atas nikmat Allah kurniakan!


Aryan Mahdi, 2.97kg, 16 Rabiul'awal 1432H


Dorongan terganggu seketika dek ada kata-kata penghasut untuk diberi campur anak kecil itu dengan susu formula moga senang apabila masuk kerja selapas berpantang dan untuk menjaga badan ibu supaya maintain dan tidak letih akibat menyusukan. Memang terpana! “Hendak di campurkan ke? Apakah tidak layak hanya susuku di dalam perut bayiku?”..  Namun saya dekat terus dan terus menyusukan Aryan sepenuhnya susu ibu. Rasa nikmat dan rasa puas sebagai ibu itu ada. Alhamdulillah.


Dugaan seperti dikata memang terjadi dan saya tempuhi ketika masuk bekerja. Ketika itu saya bekerja sebagai jurutera sistem di sebuah kilang besar di Muar. Walaupun kilangnya besar, namun mentaliti pekerja masih ada yang tidak tahu hakikat penyusuan susu ibu. Saya di kelilingi oleh jurutera-jurutera lelaki berbangsa cina ketika itu dan boss pun ketika itu perempuan berbangsa cina namun masih belum berkahwin. Hanya dua orang sahabat perempuan berbangsa melayu. Tiada support dari kawan sekerja sekeliling. Situasi dan corak masa di kilang itu sangat strike dan even no internet surfing, no facebook! Memang tiada masa walaupun untuk ‘lari’ bagi sesi mengepam. Dan di surau (tempat mengepam) memang tiada ‘kawan seangkatan’ yang sama-sama mengepam. Saya hanya saya yang tegar mengikuti jadual mengepam saya sendiri. No bf member!


Farees Nawfal, 3.30kg, 11 Ramadhan 1433H



Masa berubah. Keadaan pun berubah. Situasi sekarang pun berubah. Pengalaman demi pengalaman dalam dunia penyusuan memang pernah dirasa. Masalah dalam penyusuan yang sering ibu-ibu hadapi itu jugak saya pernah tempuhi dan hadap dengan jalan penyelesaian. Masalah susu kurang/sedikit, susu kurang pekat, anak tidak kenyang dengan susu badan ibu, power pumping, emosi yang menganggu produktiviti susu, tidak sempat pam, kerja out-station selalu tidak sempat pam, badan ibu letih, rambut gugur, kulit kusam dan sebagainya yang boleh dijadikan alasan malah menyumbang kepada faktor untuk tidak teruskan penyusuan.


Nur Muhammad, 3.09kg, 12 Zulhijjah 1435H



"Janganlah engkau menyusui anak bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiudplah seorang makhluk yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya" - Petikan dari buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak (dipetik dari blog Naluri Ibu Corner)



Bagi menjayakan penyusuan selain niat yang kuat, yes! support memang wajib ada. Mungkin dari situ masalah-masalah penyusuan ibu dapat di bantu. Ibu – ibu menyusu sekarang tidak keseorangan lagi. Ramai yang telah sedar akan faedah penyusuan kepada si anak dan si ibu. Sekiranya masih ada ibu yang perlukan bimbingan penyusuan dan mencari solusi memeriahkan susu ibu dalam masa yang sama kekal sihat, slim, elegent terutamanya di  mata suami, anda amatlah di alu-alukan untuk menyertai Projek S.E.K.S.I bersama saya di bawah kelolaan Team YMS.



Dengan izin Allah, saya akan sama-sama membantu anda menerokai ilmu-ilmu hakiki dan ilmu baru penyusuan yang bakal dirungkai menerusi program ini bagi menjayakan penyusuan dalam kondusi diri ibu menjadi lebih sihat, slim, elegent kesan susu ibu (s.e.k.s.i)



Selamat meneruskan penyusuan dengan penuh gaya dan hati gembira ^_^


Sesungguhnya Penyusuan itu Sunnah dan ianya Mudah!



#projekseksi
#coachmazyrah



*****

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat bagaimana 'memperkayakan' susu ibu dengan mendapat kondusi diri ibu sihat slim dan elegant, boleh terus Whatsapp mazyrah di 011-39574049.

Jangan lupa daftar untuk Projek SEKSI di bawah Coach Mazyrah yer.



*****

DAFTAR DISINI

*****



Coach Mazyrah

011.3957.4049



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Jenis makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi.

Assalamualaikum, Berapakah umur anda?? Jika umur anda 24 tahun...... anda bernasib baik.... Jika umur anda 25 tahun.... dah kene jaga-jagaaaa..... Kenapa saya kata begitu??  Sebab.... anda mungkin akan nampak tua dari usia anda.. Tahukah anda penghasilan kolagen mula berkurangan seawal umur 25 tahun?? Haaa.. dah mula takot kan.. lagi-lagi yang belum kawin tu.. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan kolagen untuk menjaga kestabilan dan keanjalan otot, kulit, tendon, ligamen dan tulang rawan. Terdapat banyak makanan yang dapat membantu anda dalam mengembalikan dan menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan dapat dihasilkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein, Vitamin C dan Vitamin K. Berikut adalah 5 contoh makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi. 1- PRODUK SUSU Untuk meningkatkan produksi kolagen dalam badan, produk susu yang kaya dengan protein berman...

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk. 
 Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon? 
 Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan. 
 Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA. 
 Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Pen...

Resepi Sihat untuk Kanak - Kanak : Susu Kocak Pisang 'O'

(Hidangan untuk 3 orang) Bahan - Bahan : 250 g (1 cawan) susu rendah lemak 200 g (2 saiz sederhana) pisang masak, dipotong  kepada ¼ inci tebal 125 ml (½ cawan) jus oren, diperah segar 150 g (1 cawan) yogurt Gula perang secukup rasa Cara-cara : 1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 2. Tutup dan kisar selama 45 hingga 60 saat sehingga rata. 3. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.  Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit  www.nutriweb.org.my *** 
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat cara untuk kurus dan pemakanan yang sihat, boleh terus Whatsapp Wanie di 012-957 9131. Jom daftar untuk Projek S.E.K.S.I under Coach Wanie yer. 


 
*****   DAFTAR DISINI   ***** 012.957.9131 Sayang Kesihatan Anda, Nikmati Kehidupan Anda