Langkau ke kandungan utama

Janji-janji PALSU pill kurus

Assalamualaikum,

Wahai wanita sekalian.... pernah tak belek-belek majalah, tepandang iklan pill diet dalam majalah, terpangpang testimoni pengguna  gambar sebelum dan selepas produk pil kurus... pastu "terdetik" sekejap hati tu.... cam best je... cam nak try je.... mestiii pernah kannn....

Dalam zaman orang sekarang berlumba-lumba nak cantik, berlumba-lumba nak kurus, industri perkhidmatan dan produk pelansingan badan akan menjanjikan macam-mcam kepada bakal penggunanya. Selalu sangat produk ini akan "membisikkan" janji-janji indah dan memberi harapan demi harapan menerusi iklan. Tapi realitinya, tak pernah wujud pon "Pill Magic" yang boleh menguruskan badan sekelip mata kerana rahsia sebenar adalah hanya dengan pemakanan yang sihat dan senaman.


Ada banyak "elemen" janji-janji palsu pengusaha pill kurus ni akan war-warkan kepada bakal pengguna, tapi 7 ini adalah taktik yang selalu digunakan dan kebanyakkan daripada kita mudah terpedaya.




1 -  "Anda akan cepat kurus"

Dalam dunia ini, tiada benda yang mudah, semuanya harus dilakukan dengan kerja yang keras. Begitu juga hasrat untuk menguruskan badan. Jadi janganlah terpedaya dengan janji-janji pill kurus. lebih baik bersenam supaya dapat kuruskan badan dengan lebih efektif.


2 - "Anda akan mendapat tenaga" 

Jika pill kurus menjanjikan anda untuk mendapat tenaga, sedarlah bahawa anda telah dibohongi. Satu-satunya untuk mendapat tenaga adalah dengan pemakanan yang sihat dan senaman. Cuba bersenam waktu pagi, anda akan terkejut dengan tenaga yang diperolahi sampai petang.


3- "Anda boleh makan apa saja"

Bayangkan , betapa hebatnya anda boleh makan fast food, lauk-pauk, nasi berpinggan-pinggan, lepastu itu anda hanya makan 1 pill kurus, hasilnya seminggu kemudian anda dah kurus! Hebat kan? Ini tidak logik! Untuk kuruskan badan kita harus "modify" diet kita dengan lebihkan sayuran hijau dan fokuskan kepadatan nutrien yang bakal dimiliki.


4 - "Metabolisme anda akan tinggi"

Metabolismo haya akan meningkat melalui aktiviti mengankat berat atau bersenam. Inilah satu-satunya cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang diharapkan secara semula jadi.


5 - "Perut anda akan kempis"

Tidak ada jaminan kita boleh menguruskan satu bahagian dalam tubuh kita. Anda hanya boleh mengempiskan perut dengan melakukan senaman abdomen. Walau bagaimana pun faktor genetik memainkan peranan yang besar terhadap kegemukkan. Jangan risau, anda boleh pelan senaman yang anda suka dan mudah diamalkan untuk anda kempiskan perut.


6 - "Anda tidak perlu senaman"

Kalau anda berangan nak makan pill kurus kerana "janji" meraka anda boleh kurus tanpa senaman.... maka bangunla dari tidurmu.. Hakikatnya tiada jalan pantas untuk menguruskan badan tanpa senaman. So cariklah seseuai dan mudah untuk dilakukan.


7 - "Tiada kesan sampingan"

Pill diet boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti keguguran rambut, masalah penglihatan, hilang ingatan. Terdapat banyak garis panduan yang kabur tentang industri pelansing yang sukar dibuktikan. Satu lagi fakta yang mengejutkan, kebanyakkan kajian yang dilakukan adalah kajian sendiri. Jadi keputusan yang diperolehi agak meragukan.



Sekarang anda sudah tahukan pelbagai janji palsu pill kurus kan.. 
PLEASE BARE IN MIND.... nak kurus perlukan ketatahan mental dan will power yang kuat untuk dapatkan berat badan ideal kita. 


Nak tahu lebih lanjut bagaimana untuk kekal langsing secara sihat.. boleh mendaftar #ProjekSEKSI bersama Coach Mummy Mars.


For more tips for heathy lifestyle and beauty tips, boleh ikuti Coach Mummy Mars alam Projek Seksi!!



*****

DAFTAR DISINI

*****


Mummy Mars

019.235.8846

Enhancing Love through Health Care


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum
Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk.

Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon?

Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan.



Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA.

Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Penting mengetahui jumlah kalori

Resepi Sihat Menu Tengah Hari : Ayam Tandori

Coach Wanie kongsikan Resepi Hebat untuk Menu Tengah Hari : Ayam Tandori
Ayam Tandoori (Hidangan untuk 6 – 8 orang)



Bahan -bahan :

2 kg (1 ekor) ayam, kulit dan lemak yang dibuang, dibelah empat 40 g (4 ulas) bawang putih, dicincang 40 g (2 inci) halia, dikisar halus 30 ml (2 sudu makan) jus lemon 250 ml (1 cawan) yogurt biasa 3 g (1 sudu teh) garam masala 3 g (1 sudu teh) serbuk ketumbar 3 g (1 sudu teh) serbuk jintan putih 3 g (1 sudu teh) serbuk kunyit 3 g (1 sudu teh) serbuk kari 3 g (1 sudu makan) paprika manis 30 ml (2 sudu makan) sos pudina (ikut pilihan) 15 ml (1 sudu makan) minyak Garam dan lada sulah secukup rasa




Cara memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali kecil di atas api sederhana. Masukkan ketumbar, jintan putih, kunyit, garam masala, serbuk kari, sos pudina dan paprika. Tumis sehingga wangi (kira-kira 2-3 minit). Ketepikan.
2. Campurkan bahan rempah yang telah sejuk ke dalam yogurt. Perlahan-lahan masukkan jus lemon, bawang putih, garam dan halia.
3. Cucuk daging ayam se…

AIR KOSONG KALORI!!?

AIR KOSONG KALORI ini sangat2 penting buat tubuh anda kerana dengan minum air ini, anda dapat banyak manafaat dan jangan lupa, ianya KOSONG KALORI. Jadi anda tidak akan membazir kalori anda dengan meminum air ini!!


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air kosong kalori ini dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantikAnda ingin menurunkan berat badan? AIR KOSONG KALORI boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda biasa minum kepada AIR KOSONG KALORI ini. Juga sebelum makan, minum sedikit AIR KOSONG KALORI ini untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
2. AIR KOSONG KALORI membantu meningkatkan tenagaApabila anda berasa letih dan haus, ter…