Assalamualaikum,
Kebanyakkan daripada kita semua bekerja dalam pejabat kan.. Antara kita sedar atau tidak, pejabat sebenarnya adalah tempat yang paling berpotensi untuk kita gemuk.
Ini kerana menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kepada kerja membuatkan kita rasa cepat lapar. Kajian mendapati bila kita lapar, gula darah akan kurang menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Masa macam inilah kita mula menggeladah pantry dan mula mencari biskut, atau buat air milo/kopi untuk melegakan perut yang lapar.
Kajian telah dilakukan, mendapati terdapat 5 sebab kenapa berada di dalam pejabat boleh menyebabkan wanita bekerjaya sekarang gemuk.
1 - Makan kerana STRESS.
Kajian mendapati 37% mengatakan stress adalah pinca utama berat badan naik. Ini kerana apabila kita stress, kita akan mencari ketenangan dari makanan. Sebaliknya, cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Tapi jika anda tetap ingin mengunyah, pilihlah snek yang sihat seperti kacang atau buah-buahan.
2- Makan tengahari di luar.
Makan tengahari di luar boleh menambahkan berat badan. Ini kerana apabila makan tengahari di luar terutamanya secara berkumpulan, potensi untuk makan secara berlebihan adalah tinggi. Sebaiknya,bawaklah makanan dari rumah, ianya lebih shat dan lebih menjimatkan.
3- Melewatkan waktu makan.
Kebanyakkan pekerja yang bekerja shift malam kerap melewatkan waktu makan. Apabila lapar, kita sebenarmya lebih cenderung untuk makan secara berlebihan.
4- Sambutan Perayaan.
Sambutan perayaan adalah menyeronokkan, tapi kebanyakkan makanan ini adalah berkalori tinggi seperti kek, coklat dana air yang manis. Untuk atasi, anda boleh makan apa saja yang disediakan tetapi kurangkan portion makanan yang diambil.
5- Snek dari kawan sepejabat.
Yes, sharing is caring... tapi menikmati makanan yang dibawa kawan juga penyebab kegemukkan. Dan kebanyakkan daripada kita kalah bahagian ini.
Bekerja dalam pejabat menyebabkan kita susah jalani hidup yang sihat. Aktiviti yang padat membuatkan wanita yang bekerjaya lebih senang mengambil makanan segera, ini belum lagi godaan makanan yang dibawa kawan sepejabat. Ingat!! Anda masih belum terlambat mengunah cara hidup anda.
Ini a few tips untuk magnates kegemukkan di pejabat.
1- Kekerapan mengunyah snek.
Sambil kerja sambail makan memang menyenangkan. Jangan letakkan pelbagai variasi snek dalam laci anda, cukup bawa snek dari rumah seperti buah, kacang atau yogurt.
2- Jangan terlalu minum banyak teh atau kopi.
Minum teh atau kopi dengan kerap adalah tidak elok, ia boleh membuatkan kita gelisah, mudah marah dan dehidrasi. Gantikan minuman ini dengan teh hijau, air limau nipis, jus buah atau air masak. Pilih minuman yang kurang gua dan susu.
3- Banyakkan minum air masak.
Letakkan sebotol air mineral di atas meja anda dan pastikan ia habis sebelum anda habis kerja. Cara ini membuatkan anda tidak lupa untuk minum air. Kurang minum air boleh menyebabkan sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi dan kulit kusam.
4- Pilih snek yang sihat.
Ada beberapa snek pilihan yang boleh anda pilih jadikan kudapan sambil bekerja:
a) Aprikot kering.
Buah ini kaya dengan nutrisi dan vtamin yang penting seperti serat, beta karoten, vitamin A dan C, zat besi, kalsium dan kaya dengan antioksidan dalam melindungi diri dalam melawan kanser prostat dan paru-paru.
b) Epal
Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tubuh, otak dan kesihatan jantung. Kandungan serat dapat membantu anda rasa lebih kenyang.
c) Yogurt
Pilihlah yogurt yang rendah lemak dan rendah gula. Untuk lebih eloktaburkan buah atau blueberry untuk mendapatkan serat.
d) Dark Chocolate
Dark chocolate yang kaya dungeon flavanoid, menage tekanan darah daripada stress. Dengan mengunyah dark chocolate ia dapat mengurangkan mood negetif semasa bekerja.
e) Almond
Snek ini sangat rendah kolestrol dan sodium. Makan almond akan buat anda ketagih. Walaupon almond rendah lemak tapi anda perlu perhatikan jumlah kalorinya.
For more tips for heathy lifestyle and beauty tips, boleh ikuti Coach Mummy Mars alam Projek Seksi!!
Ulasan
Catat Ulasan