Langkau ke kandungan utama

Teh Hijau untuk Kurus !

Sering kali kita mendengar teh hijau yang banyak memberi khasiat pada kehidupan kita terutamanya dari aspek kesihatan. Jom kita lihat antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi adalah:

* Lembutkan kulit - Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu dengan cara merendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

* Pelindung memori - Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.



* Menurunkan berat badan - Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

* Mencegah penyakit gigi - Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

* Mencegah keracunan makanan - Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

Selamat menikmati teh hijau !

**
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat cara untuk kurus dan pemakanan yang sihat, boleh terus
WhatsApp Wanie di 012 -957 9131
Jom daftar untuk Projek S.E.K.S.I bersama Coach Wanie ye.

**
012.957.9131
Sayangi  Kesihatan Anda, Nikmati Kehidupan Anda










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Jenis makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi.

Assalamualaikum, Berapakah umur anda?? Jika umur anda 24 tahun...... anda bernasib baik.... Jika umur anda 25 tahun.... dah kene jaga-jagaaaa..... Kenapa saya kata begitu??  Sebab.... anda mungkin akan nampak tua dari usia anda.. Tahukah anda penghasilan kolagen mula berkurangan seawal umur 25 tahun?? Haaa.. dah mula takot kan.. lagi-lagi yang belum kawin tu.. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan kolagen untuk menjaga kestabilan dan keanjalan otot, kulit, tendon, ligamen dan tulang rawan. Terdapat banyak makanan yang dapat membantu anda dalam mengembalikan dan menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan dapat dihasilkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein, Vitamin C dan Vitamin K. Berikut adalah 5 contoh makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi. 1- PRODUK SUSU Untuk meningkatkan produksi kolagen dalam badan, produk susu yang kaya dengan protein berman...

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk. 
 Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon? 
 Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan. 
 Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA. 
 Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Pen...

Resepi Sihat untuk Kanak - Kanak : Susu Kocak Pisang 'O'

(Hidangan untuk 3 orang) Bahan - Bahan : 250 g (1 cawan) susu rendah lemak 200 g (2 saiz sederhana) pisang masak, dipotong  kepada ¼ inci tebal 125 ml (½ cawan) jus oren, diperah segar 150 g (1 cawan) yogurt Gula perang secukup rasa Cara-cara : 1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 2. Tutup dan kisar selama 45 hingga 60 saat sehingga rata. 3. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.  Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit  www.nutriweb.org.my *** 
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat cara untuk kurus dan pemakanan yang sihat, boleh terus Whatsapp Wanie di 012-957 9131. Jom daftar untuk Projek S.E.K.S.I under Coach Wanie yer. 


 
*****   DAFTAR DISINI   ***** 012.957.9131 Sayang Kesihatan Anda, Nikmati Kehidupan Anda