Assalamualaikum,
Sambungan dari post mummy sebelum ini, Pejabat tempat berpotensi untuk gemuk... Kali ini mummy nak bagi sedikit tips bagaimana nak kawal nafsu makan di pejabat pula.. Kenapa asyik fokus kan kepada pejabat je ni.??
Sebab kebanyakkan daripada kita meluangkan lebih masa di pejabat berbanding di rumah sendiri..pejabat kita dah jadi rumah kedua, kita duduk di pejabat lebih lama daripada kita luangkan masa dengan anak.. Setuju? Dan walau bagaiamana pon kita dah set mind untuk nak kuruskan badan, perasaan stress, kurang fokus dan keletihan di pejabat buat kita rasa lapar..
Cuba tengok atas meja di pejabat kita, selain dari buku, komputer, alat tulis meati ada terselit sikittttt snek kegemaran anda kan? Samada coklat, gula-gula atau biskut, inilah 'penyelamat' anda di kala kerja anda menimbun dan stress.
Ok tak nak cerita panjang, ini tips-tips kawal nafsu makan di pejabat.
1- Makan pada waktu yang tepat
Keinginan untu mengunyah dengan lebih banyak akan datang bila and tidak makan ikut waktunya. Contohnya melewatkan makan sarapan atau makan tengahari. Untuk mengelakkan daripapa mengambil makan ringan waktu petang, pastikan anda makan tengahari telat pada masanya. Berikan badan anda nutrisi dan zat yang lengkap supaya rasa kenyang lebih lama dan kurang rasa mengunyah.
2- Kunyah gula-gula getah
Kunyahlah gula-gula getah yang berperisa pudina dan tidak mempeunyai kandungan gula. Rasa dingin dan segar membuatkan anda rasa sayang untuk memasukkan makanan dalam mulut.
3- Kunyah lebih lama
Apabila makan tengahari atau anda sedang menikmati snek anda, cuba anda perlahankan kunyahan anda. Kajian mendapati mengunyah lebih lama akan membuatkan anda rasa lebih puas makan dan semakin lama anda mengunyah, semakin cepat isyarat badan memberitahu anda sudah kenyang dan tidak perlu makan lagi.
4- Jauhi media sosial
Melayari media sosial lebih lama akan membuat anda rasa tergugat dan terliur melihat foto-foto makanan yang dipost oleh kawan-kawan anda. Jafi elakkan diri dari menerokai internet kecuali pada waktu makan tengahari atau habis kerja.
5- Pengambilan snek sihat
Jika anda perlu untuk mengambil snek pada waktu bekerja tapi dalam masa yang sama masih mahu menguruskan badan, cuba ambil snek yang lebih sihat seperti buah-buahan, pisang atau kacang.
6- Berus gigi selepas makan
Jangan hanya simpan snek di pejabat, simpan la juga sebatang berus gigi dan ubat gigi dalam laci. Selepas makan beruslah gigi anda. Rasa kesegaran mulut boleh mengurangkan keinginan makan snek.
7- Minum Teh
Minum teh dapat menahan anda dari rasa lapar. Pilih teh herba tanpa pemanis, teh kayu manis atau teh halia. Dengan secawan teh dapat alihkan perhatian anda dari mengunyah.
Ok itu tips untuk kawal nafsu makan.... Sikit lagi tips mummy nak tambah untuk elakkan diri kita dari makan berlebihan di pejabat.
1- Elakkan dari membuat majlis makan-makan dengan keral di pejabat.
2- Sibukkan diri dengan kerj masing-masing.
3- Kurangkan kekerapan ke pantri pejabat
4- Kurangkan berbuak kosong dipantri.
5- Banyakkan berjalan sekiranya anda makan berlebihan.
6- Kenali/belajar tentang kalori makanan yang anda makan
7- Ketahui/belajar tentang kalori yang badan anda perlukan.
Tak susah kan nak kawal pemakanan kita di pejabat... ;)
Selamat mencuba....

For more tips for heathy lifestyle and beauty tips, boleh ikuti Coach Mummy Mars alam Projek Seksi!!
Ulasan
Catat Ulasan