Apakah alasan kita untuk terus beralasan malas minum air Putih setiap hari?
Dengan adanya informasi ini, persepsi anda akan berubah menjadi 360 darjah. Mungkinkah ini akan terjadi?
Air putih mesti ada dalam rumah kan?
Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Anda minumlah 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.
Tips pengambilan air putih:
》25 kilogram berat badan bersamaan 1 liter air.
Sumber google
Sumber info dibawah ini pula diambil dari website pmr.penerangan.gov.my. Jom kita baca dengan telitinya alasan munasabah kenapa kita perlukan minum air banyak ini. Mudah-mudahan persepsi kita akan berubah dan lebih menghargai air putih berbanding air manis.
Apabila kita mendapat cukup air, ianya penting bagi tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air.
BERIKUT 5 ALASAN MENGAPA KITA PERLU BANYAK MINUM AIR :
1)AGAR TUBUH TETAP SEJUK
Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.
2)MENGUMPULKAN NUTRISI
Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.
3)MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.
4)MENJAGA KULIT TETAP HALUS
Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
5)MENGHINDARI BATU KARANG
Batu karang ‘tumbuh’ ketika zat - zat atau komponen ’sampah’ yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti ‘pasir’ akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah ‘batu’. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.
Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.
Seram pulak saya baca kesemua alasan ini. anda pula macamana? Seram juga tak. Jom kita amalkan hidup sihat...
HEALTH is WEALTH
HEALTH is WEALTH
Salam sayang,
Coach Faizah.S.K
01129142418
(Whatsapp)
Ulasan
Catat Ulasan